Monday, November 23, 2009

CUCI


Monumenta Of freedom merupakan karya Ramlan Abdullah yang dihasilkan pada tahun 1995, adalah salah satu karya koleksi tetap BSLN.Karya arca ini juga perlu penjagaan yang rapi.Salah satu penjagaannya adalah dengan mencuci apa saja kekotoran yang terdapat pada objek itu.

Terima tugas.... sebelum memulakan tugas , Rahimi mendengar taklimat dari pegawainya.


"Kena hati-hati, fokus pada kerja!!!..." mungkin itu yang di pesan oleh En. Musrizal kepada Rahimi.


Kerja mencuci dimulakan. Rahimi juga pernah mengikuti artis (Ramlan Abdullah) mencuci karyanya di Shah Alam, jadi sedikit sebanyak Rahimi dah tahu teknik dan bahan yang perlu digunakan.

Macam CSI... Rahimi menjalankan tugas dengan teliti, ketika mencuci kaca yang sebahagian dari karya arca.

Kaca yang siap dicuci disusun diatas meja, bagi memastikan keselamatannya terjamin.

Monday, November 16, 2009

Camy Lining

Camy lining menggunakan polyester salah satu teknik alas belakang (backing board) selain menggunakan
archival foam board yang bertujuan melindungi bahagian belakang karya dari habuk dan lain-lain kerosakan yang mungkin berlaku .

Team konservasi sedang meregangkan polyester mengikut sais karya, sebelum polyester tersebut dimasukan dibawah strecher.

Bantu dan Ajar... itulah peranan penting pegawai yang berpengalaman (En. Ismail) semasa memasang camy lining dan lain-lain tugas yang berkaitan konservasi.

Serius.... Rosli menumpukan sepenuh jiwanya ketika menjalankan tugasan ini.


Beginilah keadaan bahagian belakang karya yang siap dipasang camy lining.

FOTO KLASIK

Foto lama / klasik adalah sebahagian karya koleksi BSLN yang perlu diberi penjagaan rapi bagi memanjangkan jangka hayat untuk tatapan generasi masa depan.



Antara foto klasik yang dimasukan ke makmal konservasi bagi tujuan pemuliharaan.


Condition report antara langkah penting sebelum memulakan rawatan keatas foto klasik dan karya seni lain.


Penuh didikasi... Puan Dilla membuat condition report pada foto klasik.

KONSERVASI & QUALITI

Konservasi.... mudah disebut,sedap didengar... tapi nak melaksakan bukannya mudah.
Kerja yang dilakukan perlu mendapat nasihat dari pegawai yang sewajarnya.Gerak kerja yang dilakukan penuh ketelitian dan kesabaran bagi mendapatkan hasil baikpulih yang terbaik.

Contoh:
Ahli konservasi yang telah dilatih begitu tekun dan teliti melakukan tugasan. ( A.jay sedang menumpukan sepenuh perhatiannya pada tugasan. (Dirawat....karya koleksi yang dihasilkan oleh Lee Kian Seng pada tahun 1975.)



Sabar, tekun, teliti .... bagi mencapai Qualiti.

ANTI KULAT

Kulat, kulapok atau apa saja istilah, ianya berpunca dari kelembapan. Langkah - langkah pencegahan dan kawalan perlu dilakukan segera bagi mengelak jangkitan pada karya seni yang terdapat di situ.En. Baha yang dibantu oleh En. Jufry sedang menjalankan salah satu langkah - langkah pencegahan awal kulat yang terdapat di dinding galery.


Tugasan pembasmian ini dilakukan oleh mereka yang mahir dan berpengalaman.... Pn Dilla sedang memerhati Seniornya menjalankan tugas.

Langkawi - BSLN - BSAS

Mural 1Malaysia yang dipamerkan diperkarangan BSAS telah disiapkan oleh dua orang pelukis terkenal yang mahir dengan teknik air brush iaitu Salleh Dawam dan Mohamad Nor Bin Md Yussof yang diadakan di pulau lagenda Langkawi.


Dua orang pegawai dari unit konservasi sedang membuka kanvas yang siap dilukis untuk dibawa ke Kuala lumpur.

Mural 1Malaysia dibentangkan, sebelum proses penggulungan dan pembungkusan.

Ini dia..!!!! dua orang kuat air brush... yang ditugaskan membantu kerja-kerja pembungkusan.. depa ni pun dari unit konservasi jugak... (A.Jay & Remy a.k.a Adik)

En. Salleh.. salah seorang artis yang terlibat, menunjukan cara membawa lukisan (mural) yang digulung.