Monday, November 23, 2009

CUCI


Monumenta Of freedom merupakan karya Ramlan Abdullah yang dihasilkan pada tahun 1995, adalah salah satu karya koleksi tetap BSLN.Karya arca ini juga perlu penjagaan yang rapi.Salah satu penjagaannya adalah dengan mencuci apa saja kekotoran yang terdapat pada objek itu.

Terima tugas.... sebelum memulakan tugas , Rahimi mendengar taklimat dari pegawainya.


"Kena hati-hati, fokus pada kerja!!!..." mungkin itu yang di pesan oleh En. Musrizal kepada Rahimi.


Kerja mencuci dimulakan. Rahimi juga pernah mengikuti artis (Ramlan Abdullah) mencuci karyanya di Shah Alam, jadi sedikit sebanyak Rahimi dah tahu teknik dan bahan yang perlu digunakan.

Macam CSI... Rahimi menjalankan tugas dengan teliti, ketika mencuci kaca yang sebahagian dari karya arca.

Kaca yang siap dicuci disusun diatas meja, bagi memastikan keselamatannya terjamin.

Monday, November 16, 2009

Camy Lining

Camy lining menggunakan polyester salah satu teknik alas belakang (backing board) selain menggunakan
archival foam board yang bertujuan melindungi bahagian belakang karya dari habuk dan lain-lain kerosakan yang mungkin berlaku .

Team konservasi sedang meregangkan polyester mengikut sais karya, sebelum polyester tersebut dimasukan dibawah strecher.

Bantu dan Ajar... itulah peranan penting pegawai yang berpengalaman (En. Ismail) semasa memasang camy lining dan lain-lain tugas yang berkaitan konservasi.

Serius.... Rosli menumpukan sepenuh jiwanya ketika menjalankan tugasan ini.


Beginilah keadaan bahagian belakang karya yang siap dipasang camy lining.

FOTO KLASIK

Foto lama / klasik adalah sebahagian karya koleksi BSLN yang perlu diberi penjagaan rapi bagi memanjangkan jangka hayat untuk tatapan generasi masa depan.



Antara foto klasik yang dimasukan ke makmal konservasi bagi tujuan pemuliharaan.


Condition report antara langkah penting sebelum memulakan rawatan keatas foto klasik dan karya seni lain.


Penuh didikasi... Puan Dilla membuat condition report pada foto klasik.

KONSERVASI & QUALITI

Konservasi.... mudah disebut,sedap didengar... tapi nak melaksakan bukannya mudah.
Kerja yang dilakukan perlu mendapat nasihat dari pegawai yang sewajarnya.Gerak kerja yang dilakukan penuh ketelitian dan kesabaran bagi mendapatkan hasil baikpulih yang terbaik.

Contoh:
Ahli konservasi yang telah dilatih begitu tekun dan teliti melakukan tugasan. ( A.jay sedang menumpukan sepenuh perhatiannya pada tugasan. (Dirawat....karya koleksi yang dihasilkan oleh Lee Kian Seng pada tahun 1975.)



Sabar, tekun, teliti .... bagi mencapai Qualiti.

ANTI KULAT

Kulat, kulapok atau apa saja istilah, ianya berpunca dari kelembapan. Langkah - langkah pencegahan dan kawalan perlu dilakukan segera bagi mengelak jangkitan pada karya seni yang terdapat di situ.En. Baha yang dibantu oleh En. Jufry sedang menjalankan salah satu langkah - langkah pencegahan awal kulat yang terdapat di dinding galery.


Tugasan pembasmian ini dilakukan oleh mereka yang mahir dan berpengalaman.... Pn Dilla sedang memerhati Seniornya menjalankan tugas.

Langkawi - BSLN - BSAS

Mural 1Malaysia yang dipamerkan diperkarangan BSAS telah disiapkan oleh dua orang pelukis terkenal yang mahir dengan teknik air brush iaitu Salleh Dawam dan Mohamad Nor Bin Md Yussof yang diadakan di pulau lagenda Langkawi.


Dua orang pegawai dari unit konservasi sedang membuka kanvas yang siap dilukis untuk dibawa ke Kuala lumpur.

Mural 1Malaysia dibentangkan, sebelum proses penggulungan dan pembungkusan.

Ini dia..!!!! dua orang kuat air brush... yang ditugaskan membantu kerja-kerja pembungkusan.. depa ni pun dari unit konservasi jugak... (A.Jay & Remy a.k.a Adik)

En. Salleh.. salah seorang artis yang terlibat, menunjukan cara membawa lukisan (mural) yang digulung.

Tuesday, March 24, 2009

CONDITION REPORT(POSTER)

Sempena Pameran Grafik Awal (60-90an)



Sebelum poster dipamerkan perlu dilakukan condition report untuk menyemak keadaan fizikal poster-poster tersebut.

Thursday, March 19, 2009

Kerja Pemasangan 'Backing Board' atau alas belakang

Kerja - kerja pemasangan backing board setiap hari yang dijalankan.

Hasil kerja :
13/2/09 - 10 karya
16/2/09 - 10 karya
18/2/09 - 7 karya
23/2/09 - 4 karya
25/3/09 - 3 karya
4/3/09 - 6 karya
10/3/09 - 1 karya
11/3/09 - 3 karya
12/3/09 - 3 karya
17/3/09 - 4 karya
18/3/09 - 6 karya
Jumlah 57 karya dan berterusan...

Tuesday, March 10, 2009

Aktiviti yang menyihatkan setiap minggu

110309 , Rabu - Geng KnK seperti biasa dengan aktiviti laman arca. Kali ni aktiviti pembersihan arca awam di sekeliling BSLN termasuk Laman Klirieng. bergerak dari satu tempat ke satu tempat sambil disinari bahang pagi yang menyihatkan, tambah pulak dapat tengok aksi perlanggaran 3 buah kereta di jalan Tun Razak, menimbulkan keinsafan di hati kami untuk lebih berhati- hati di jalanraya kelak... betul betul betul...



Sekali lagi .. apa yang penting? KERJASAMA!!


Hasil pembersihan yang diperolehi, namun kebersihan juga perlu diutamakan dengan memakai sarung tangan

Panorama indah di hadapan BSLN berlatarkan graffiti yang cun dan arca Ramlan Abdullah yang gah menyemarakkan lagi semangat kami untuk bekerja

3 sederet.. wira saga wira saling bertembung menyentakkan kami ketika sedang asyik meratakan batuan di arca Wong Pey Yu bertentangan kami di Jalan Tun Razak bersebelahan hospital, mujurlah tiada kemalangan jiwa dan dengan bertoleransinya mangsa dapat menyelesaikan segala kekusutan dan kesesakan lalulintas kembali ceria seperti sediakala


Seterusnya kami bergerak ke arca OneDrop .. aikk? azizi tengah ukur berapa depa tapak tu..


Lepas tu ke laman klirieng pula, walaupun penat ke banyak lokasi namun kami tetap menghadapi hari dengan senyuman...


wah.. bersihnya.. dah hampir selesai rehat la kejap bawah pokok, hari pun dah makin panas


Pokok- pokok rimbunan spesis Heliconia nampaknya sedang dibuang satu persatu, bila ditanya, rimbunan ni telah mengganggu pemandangan audien dan petangnya masa nak balik dah clear kawasan ni. memang betul la baru nampak luas laman klirieng.. trimas tukang kebun kita yang bertungkus lumus mencantikkan ruang rupa Balai Seni Lukis Negara!!

Monday, March 9, 2009

CATATAN REKOD SUHU DAN KELEMBAPAN BANDINGAN

Catatan rekod suhu dan kelembapan bandingan (relative humidity/RH) merupakan rutin harian staf bahagian konservasi yang menjaga kawalan persekitaran di makmal, ruang repositori, galeri dan ruang yang mempamerkan karya koleksi BSLN. Bacaan Suhu yang optimum adalah 21c - 25c manakala RH optimum adalah 55% - 60% . Terkurang bacaan menyebabkan kekeringan di mana keretakan dan kereputan akan berlaku dan terlebih bacaan pula akan mengundang makhluk halus yang akan menghuni sesebuah karya. Untuk mengoptimumkan suhu dan RH, Dehumidifier akan digunakan.


Kertas graf hygrometer di tukar setiap minggu dan catatan yang dibuat adalah pada setiap pagi dan petang



Thermohygrograph dan Digital Hygrometer merupakan alat yang digunakan untuk merekod bacaan suhu dan kelembapan bandingan.


Whirling Psycrometer merupakan alat untuk membaca kelembapan bandingan secara manual dan adalah yang tepat sebelum thermohygrograph ditempatkan di sesuatu tempat

Konservasi kertas

100309 - Konservasi kertas akan dimulakan dengan diketuai oleh En. Ismail dan dibantu oleh Pn. Dila sambil dipelajari bersama staf konservasi yang lain. Koleksi Cetakan Rusia tahun 70-an menjadi objek untuk dipulihara akibat kesan kekuningan dan bintikan kulat yang tak tertanggal.
Proses ini merupakan proses cucian basah.

Sebuah baldi 100liter digunakan, tetapi hanya 50liter air suling yang digunakan

Bahan campuran yang digunakan adalah 25gm kalsium karbonat + 50liter air suling yang digaulsebati

Bekas ini akan ditutup dan dibiarkan selama 24jam supaya kalsium karbonat mendap.Selepas 24 jam barulah proses cucian basah dijalankan.




Inilah antara proses-proses cucian basah karya kertas(russian print).


Thursday, March 5, 2009

STORAGE BOX

Kerja-kerja membuat storage box untuk simpanan koleksi seramik BSLN sedang dilakukan oleh Lie n Hud.Terdapat beberapa seramik perlu disimpan didalam bekas khas kerana saiz yang terlalu besar dan mudah pecah. Penyediaan kotak khas ini amat penting bagi memastikan keselamatan khazanah negara ini sentiasa terpelihara.



Kotak dah siap....!!!... apa lagi??... maka dengan penuh hati-hati, seramik pun dimasukan ke dalam kotak simpanannya.


Bagi memastikan keselamatan yang lebih terjamin.. Mic Pac adalah sejenis polisterin yang digunakan sebagai alas, perlu dimasukan kedalam kotak bersama seramik.. Ini amat penting kerana ia boleh membantu menahan seramik dari terhentak dengan kuat dan mendatangkan kerosakan. Mic Pac ini digunakan kerana ia adalah bahan yang tidak mengeluarkan toksik apabila terbakar ,anti statik, tidak menarik perhatian serangga dan tikus , bahan kitar semula dan bebas CFC

ON CANVAS..

Ujikaji bitumen diteruskan lagi keatas beberapa jenis kanvas pula. Kali ini lokasi di tepi tingkap untuk melihat kesanhasil interaksi laluan angin, tempias hujan, wap air, bahang matahari, sejuk air-cond, terangan flourescent dan sejuk gelapan malam hari.


Wednesday, March 4, 2009

UNITY AND HARMONY

Salah satu aktiviti mingguan yang dilakukan pada setiap hari rabu ialah mencuci dan membersihkan arca yang berada di luar bangunan BSLN. Salah satu daripadanya ialah
arca UNITY AND HARMONY - CHIN WAN KEE.



Antara tugasan yang dijalankan bersama adalah rataan batuan , membuang bendasing seperti dedaun kering dan rerumput daripada tapak arca dan cucian permukaan yang berdebu dan kotor
Semua staff koleksi dan konservasi bekerjasama membersihkan arca bermula jam 8.30 am sehingga 10.30 am.Walaupun dalam keadaan cuaca yang panas semua staff masih menjalankan tugas dengan tekun.Apa yang penting.....? KERJASAMA

Monday, March 2, 2009

Simpanan Seramik

Hari ni karya seramik yang di bawa pulang dari Muzium Pulau Pinang dibuka , diperiksa dan disimpan didalam bekas plastik mengikut saiz yang bersesuaian, manakala saiz yang lebih besar akan diusulkan untuk dibuat kotak mengikut saiz. Team konservasi sekali lagi bergandingan melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan penuh keutuhan...SYABAS !!

















Rosli dan Rahimi bekerjasama menyimpan salah satu karya yang telah diperiksa.




Hati- hati Zahut... nanti jatuh.. begitulah disiplin dan cermatnya apabila mengendalikan sesuatu karya yang diangkat sebagai khazanah negara supaya tidak rosak. Barulah kesihatan dan kondisi karya terjamin. Melalui disiplinlah ia akan terpelihara, kalau selalu rosak atau dirosakkan atau tak jaga dirosakkan dan dikonservasikan selalu, hilanglah keasliannya.. sama- samalah kita menjaga khazanah negara dengan disiplin yang tinggi.

Wednesday, February 25, 2009

LAWATAN PELAJAR UIA


25 /02 /2009 makmal konservasi telah menerima lawatan seramai 13 orang pelajar daripada faculty of Kulliyyah of Architecture and Environmental Design.


Kenangan bergambar bersama.........

DILA BERCERITA....


Dila sedang bercerita mengenai kajian bitumen yg telah dijalankan sehingga kini telah dieksperimentasikan ke atas lima jenis alas.

Monday, February 23, 2009

Kedai Ubat Jenun

Konservasi karya Susyilawati Sulaiman, Kedai Ubat Jenun , 1997 , 2001 -004


Sebanyak 33 tin dikenalpasti untuk dicuci permukaannya, Jufri sedang meneliti salah satu tin untuk di cuci sambil dipantau oleh Baha


Kerja - kerja cucian permukaan karya menggunakan English Distilled Turpentine secara berterusan

Tuesday, February 17, 2009

Konservasi Preventif Karya Dato' Mohd Hoessein Enas

Pada 07.01.2009 karya ini telah dibawa dari repositori ke makmal BSLN.Setelah melakukan penelitian terhadap karya Dato' Mohd Heossein Enas ini,terdapat beberapa bahagian yang perlu dibaiki dan menjalani proses rawatan.Antara proses tersebut adalah melakukan surface cleaning, mematikan kulat, penukaran mounting board, dan pemasangan backing board.Kerja ini selesai disiapkan pada 09.01.2009.


Rahimi sedang melakukan surface cleaning pada karya ini.

Uv light digunakan untuk mematikan kulat pada karya ini.







KLIRIENG.....

Tanggal 18 Feb 2009 tepat jam 8.30 pagi sepasukan unit KnK bersama-sama bergabung tenaga membersih laman klirieng dan menyapu minyak wood perservative pada lapisan permukaan klirieng. Tugasan ini merupakan salah satu daripada aktiviti mingguan yang diadakan pada setiap hari rabu yang merupakan agenda penting bagi kerja-kerja konservasi arca awam.

Staff KnK sedang menyapu minyak pada klirieng dibantu oleh pelajar praktikal dari SEGI Kolej.

Berpengalaman... En. Ismail dan En. Baha tidak ketinggalan melaksanakan tugasan.

Mencabar, Panas,...... Demi tugas Jazmi tetap tersenyum.

Sunday, February 15, 2009

KONSERVASI ARCA KAYU


Karya Ibrahim Ghaffar (1978) koleksi BSLN, bertajuk Bentuk Meninggi mengalami kerosakan pada bahagian atas dan tengah. Kerja-kerja konservasi pada karya tersebut telah dijalan oleh tim konservasi BSLN yang terdiri daripada Amerrudin (Kurator / Penasihat), Rosli , Rahimi dan Zahud.

Kerja-kerja ini mengambil masa selama 3 minggu untuk disiapkan.









Berikut adalah proses kerja pemuliharaan yang telah dijalankan.


Menebuk lubang untuk memasang pasak bagi mengukuhkan bahagian cantuman.




Proses pengukuhan sedang dijalankan menggunakan bahan pelekat dan clamp.

Kerjasama antara staff konservasi bukti keserasian dan kesefahaman dalam menangani tugasan.

Penyediaan bahan untuk menampal lubang dan rekahan pada permukaan objek.

Proses menampal lubang paku dan kesan rekahan.

Thursday, February 12, 2009

Konservasi Catan Bersama Pelukis

Julung kalinya cawangan konservasi bersatu tenaga dengan pelukis En. Ismail Mustam dalam melaksanakan kerja-kerja konservasi ke atas koleksi BSLN yang dihasilkan oleh beliau pada tahun 1963. Karya catan minyak atas mezonite board bertajuk " Mandi Di Taman Templer " telah menjalani rawatan pembersihan permukaan dan belakang serta kerja-kerja pengukuhan pigmen dan seterusnya proses infilling. Pelukis pula berperanan untuk pelaksanaan kerja-kerja inpainting.Cawangan konservasi berharap aktiviti seumpama ini akan dapat diadakan bersama lain-lain pelukis di masa hadapan.


Staff konservasi sedang berbincang bersama pelukis bagi
mengenal pasti tindakan lanjutan oleh pelukis.


Pigmen yang rekah dan rapuh diperkukuhkan dengan sapuan
gelatin ke atas acid free japanese tissue paper.


Acid free japanese paper ditanggalkan setelah pigmen kukuh seperti
sediakala sebelum kerja-kerja infilling mengambil tempat.

Penyelidikan bitumen untuk tahun ini

Projek penyelidikan tahunan kali ini adalah "BITUMEN DALAM CATAN KONTEMPORARI MALAYSIA". Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan salah satu media campuran yang diguna pakai oleh pelukis Malaysia. Kajian ini akan di lakukanke atas pelbagai jenis sokongan seperti kertas, kayu, kanvas, besi, fabrik, kapas, linen, jut dan sebagainya.



Dila sedang mencuba campuran bitumen bersama bahan kimia


Antara bahan kimia yang terpilih sebagai bahan eksperimen

Bahan campuran kimia sedang disapu dengan gaya bersahaja oleh Jufri.

Keputusan akhir eksperimen pertama yang dijalankan (12/02/09)
Sehingga bertemu lagi di eksperimen yang akan datang...........

Wednesday, February 11, 2009

"Backing Board" atau alas belakang untuk karya Himpunan Tetap

Lukisan catan memerlukan penjagan yang rapi bukan sahaja di bahagian hadapan, malah bahagian belakang juga penting diberi perhatian. Alas belakang biasanya menggunakan bahan seperti 'archival foam board', core flute dan polyester .

Ruang kerja pemasangan alas belakang di makmal konservasi dengan tenaga kerja mahir daripada team Rosli, Zahut dan Brother B.



Pemotongan 'archival foam board' dilakukan dengan teliti supaya ukuran tak terlebih dan tak sangat terkurang...


Zahut tekun memasang skru untuk finishing pemasangan alas belakang menggunakan ' archival foam board'

Pemasangan alas belakang 'camy lining' menggunakan polyester


Pemasangan alas belakang atau 'Backing Board' bertujuan untuk memastikan tiada sebarang pengumpulan habuk, kotoran dan pembiakan serangga di bahagian berkenaan.
Dalam waktu yang sama, ia juga akan bertindak melindungi dari sebarang hentaman dan sebagainya yang mungkin berlaku dari bahagian belakang karya.Jumlah karya yang telah dipasang 'backing board' setakat ini adalah

Januari - 2 karya

3 Feb 09 - 14 karya

4 Feb 09 - 12 karya

5 Feb 09 - 10 karya

6 Feb 09 - 4 karya

10 Feb 09 - 8 karya

11 Feb 09 - 3 karya

12 Feb 09 - 10 karya

Jumlah - 63 karya ... dan to be continued..

Thursday, February 5, 2009

KONSERVASI ARCA AWAM

Ini adalah aktiviti Bhg KnK setiap hari Rabu dari jam 8.00am-10.00am jika hari tidak hujan.

Kerja restorasi klirieng sedang dilakukan oleh Rosli dan Azizi.

Surface cleaning pada arca Chin Wan Kee oleh Bad dan Rosnizam.

Zahut sedang menyapu bahan pelindung permukaan kayu.
Setiap hari rabu pagi bahagian ini akan melaksanakan kerja-kerja gotong royong pemuliharaan, pembersihan arca awam di laman BSLN manakala dibahagian petangnya pula kami akan bergotong royong pula menjalankan kerja-kerja 'house keeping' di ruang repositori himpunan tetap.


Wednesday, February 4, 2009

Surface Cleaning


Cucian permukaan karya 'Ku Rasa Kuasa' - Shahrul Anuar, 2001, Akrilik, pisau cukur, skru, atas perspex.
Jazmi dan Dilla sedang membuat pemeriksaan fizikal karya 'Ku Rasa Kuasa'.

PUSAT KONSERVASI CATAN DAN OBJEK SENI NEGARA

MAKMAL KONSERVASI CATAN DAN OBJEK SENI AKAN DINAIK TARAF

8 Januari 2009. Ketua Pengarah BSLN Prof Madya Dr Mohd Najib Ahmad Dawa berkata BSLN bertanggunmgjawab menjaga dan memelihara karya-karya seni visual koleksi negara dan dalam masa yang sama boleh memberikan perkhidmatan kepada pemilik, kolektor dan pelukis di Malaysia. Beliau berkata demikian semasa sesi penerangan sempena lawatan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan ke BSLN bagi melihat cara-cara pengurusan koleksi himpunan tetap BSLN dan keadaan koleksi karya Hoessein Enas yang dihadiahkan oleh Syarikat Shell Malaysia.

Dalam visinya KP BSLN menggambarkan Pusat Konservasi Catan dan Objek Seni BSLN ini terletak di keseluruhan lantai bawah BSLN dan akan mempunyai fasiliti seakan sebuah hospital yang mempunyai unit-unit kecemasan, pesakit luar, pakar, wad dan bilik x-ray.Sehubungan dengan itu unit ini telah membuat permohonan belanjawan dasar one-off sebanyak 4.9 juta bagi menaik tarah dan pembelian perlatan untuk tahun mengurus 2011.

Bagi mengisi pusat ini dengan tenaga pakar dan pekerja yang mahir, unit ini telah merancang sebuah Plan Pembinaan Modal Insan yang merangkumi latihan dan kursus profesional kepada kakitangan unit ini secara berperingkat mulai tahun 2008 hingga 2011.

Plan Pembinaan Modal Insan Bhg Pengurusan Koleksi dan Konservasi telah pun diangkat kepada Mesyuarat Lembaga Amanah BSLN pada tahun 2007 dan dimajukan kepada KSU PKKKW pada tahun 2008.

Semoga impian ini menjadi realiti.