Tuesday, March 10, 2009

Aktiviti yang menyihatkan setiap minggu

110309 , Rabu - Geng KnK seperti biasa dengan aktiviti laman arca. Kali ni aktiviti pembersihan arca awam di sekeliling BSLN termasuk Laman Klirieng. bergerak dari satu tempat ke satu tempat sambil disinari bahang pagi yang menyihatkan, tambah pulak dapat tengok aksi perlanggaran 3 buah kereta di jalan Tun Razak, menimbulkan keinsafan di hati kami untuk lebih berhati- hati di jalanraya kelak... betul betul betul...



Sekali lagi .. apa yang penting? KERJASAMA!!


Hasil pembersihan yang diperolehi, namun kebersihan juga perlu diutamakan dengan memakai sarung tangan

Panorama indah di hadapan BSLN berlatarkan graffiti yang cun dan arca Ramlan Abdullah yang gah menyemarakkan lagi semangat kami untuk bekerja

3 sederet.. wira saga wira saling bertembung menyentakkan kami ketika sedang asyik meratakan batuan di arca Wong Pey Yu bertentangan kami di Jalan Tun Razak bersebelahan hospital, mujurlah tiada kemalangan jiwa dan dengan bertoleransinya mangsa dapat menyelesaikan segala kekusutan dan kesesakan lalulintas kembali ceria seperti sediakala


Seterusnya kami bergerak ke arca OneDrop .. aikk? azizi tengah ukur berapa depa tapak tu..


Lepas tu ke laman klirieng pula, walaupun penat ke banyak lokasi namun kami tetap menghadapi hari dengan senyuman...


wah.. bersihnya.. dah hampir selesai rehat la kejap bawah pokok, hari pun dah makin panas


Pokok- pokok rimbunan spesis Heliconia nampaknya sedang dibuang satu persatu, bila ditanya, rimbunan ni telah mengganggu pemandangan audien dan petangnya masa nak balik dah clear kawasan ni. memang betul la baru nampak luas laman klirieng.. trimas tukang kebun kita yang bertungkus lumus mencantikkan ruang rupa Balai Seni Lukis Negara!!

No comments:

Post a Comment