Asian Art Biennale 2014 Dhaka Bangladesh
-
Misi lawatan untuk tinjau pengurusan Biennale ala Dhaka yang memaksimakan
sumber tenaga dan negara.
9 years ago
MAKLUMAT DI DALAM BLOG INI ADALAH SATU LAPORAN RINGKAS AKTIVITI MINGGUAN UNIT KONSERVASI BSLN.
Kerja - kerja pemasangan backing board setiap hari yang dijalankan.
Hasil kerja :
Sekali lagi .. apa yang penting? KERJASAMA!!
Panorama indah di hadapan BSLN berlatarkan graffiti yang cun dan arca Ramlan Abdullah yang gah menyemarakkan lagi semangat kami untuk bekerja
3 sederet.. wira saga wira saling bertembung menyentakkan kami ketika sedang asyik meratakan batuan di arca Wong Pey Yu bertentangan kami di Jalan Tun Razak bersebelahan hospital, mujurlah tiada kemalangan jiwa dan dengan bertoleransinya mangsa dapat menyelesaikan segala kekusutan dan kesesakan lalulintas kembali ceria seperti sediakala









Kotak dah siap....!!!... apa lagi??... maka dengan penuh hati-hati, seramik pun dimasukan ke dalam kotak simpanannya.
Bagi memastikan keselamatan yang lebih terjamin.. Mic Pac adalah sejenis polisterin yang digunakan sebagai alas, perlu dimasukan kedalam kotak bersama seramik.. Ini amat penting kerana ia boleh membantu menahan seramik dari terhentak dengan kuat dan mendatangkan kerosakan. Mic Pac ini digunakan kerana ia adalah bahan yang tidak mengeluarkan toksik apabila terbakar ,anti statik, tidak menarik perhatian serangga dan tikus , bahan kitar semula dan bebas CFC 




